Jika sebelum ini pihak Xiaomi hanya membenarkan pembayaran keatas pembelian produk mereka menggunakan akaun Paypal dan kredit kad, tetapi hari ini pihak Xiaomi Malaysia telah mengumumkan sokongan pembayaran melalui bank tempatan. Lantas dengan cara ini memudahkan pengguna membeli produk mereka di laman Mi.Com. Antara bank yang disokong menggunakan cara pembayaran ini adalah pembayaran secara terus menggunakan kad kredit Visa/Mastercard, Maybank2u, CIMB Clicks, HongLeong Connect, RHBNow, AmOnline, AffinOnline & FPX.
Selain dari itu, pihak Xiaomi Malaysia mengadakan jualan khas sempena hari kemerdekaan ke-58 negara ini iaitu pada 27 Ogos 2015 bermula jam 12 tengahari.
Mi Power Bank Merdeka Bundle 1 (RM58)
– Mi Power Bank 5000 mAh Silver
– Snap Cable Winder (Blue/Green)
– Mi LED Light (Green/Red/Orange)
– Mi Band Strap (Green/Rose)
Mi Power Bank Merdeka Bundle 2 (RM58)
– Mi Power Bank 10400 mAh Silver
– Mi In-ear Headphones Basic White
Redmi 2 Enhanced Merdeka Bundle (RM580)
– Redmi 2 Enhanced White/Dark Grey
– Mi Power Bank 16000mAh
– USB Cable 20cm (Blue/Orange)
– Mi LED Light (Green/Red/Orange)
– Mi In-Ear Headphones Basic (White)
– Snap Cable Winder (Green/Blue)
– Redmi 2 Rechargeable Battery
– Redmi 2 Screen Protector Clear
Selain dari itu, potongan RM5 jika anda melakukan pembayaran melalui molPay untuk satu pembelian.
Sumber
Mi Malaysia Facebook Page