Bermula 11 tahun yang lalu, BitTorrent telah bertukar menjadi salah satu medium muat turun utama di internet. Perkongsian data dan fail yang kini telah mencapai ratusan petabytes setiap hari telah menjadi satu kebiasaan berjuta-juta penggunanya. Begitu juga dengan laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun melalui Torrent wujud dengan banyaknya. uTorrent, salah satu aplikasi muat turun torrent yang paling popular mempunyai 125 juta pengguna aktif menandakan pilihan memuat turun data melalui cara ini masih tidak lupus.
Walau bagaimanapun, syarikat BitTorrent Inc kini mempunyai satu lagi aplikasi baru yang boleh dipasang dengan beberapa klik sahaja dan boleh dikatakan ideal untuk pengguna yang tidak mahu mempunyai aplikasi torrent pada desktop mereka.
![bittorrentsurf4](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/01/bittorrentsurf4.jpg?resize=475%2C111)
BitTorrent Surf kini merupakan satu addon/extension pada pelayar web Chrome yang membenarkan penggunanya memuat turun fail melalui torrent terus dari pelayar tersebut. Bagi pengguna Mozilla Firefox, pihak BitTorrent mengatakan versi Firefox masih dalam pembinaan dan akan dilepaskan tidak lama lagi. BitTorrent Surf yang kini boleh dimuat turun terus dari Chrome Webstore, iaitu satu klien torrent yang berintegrasi pada pelayar, enjin carian fail torrent terus darinya tidak akan menyukarkan penggunanya.
Antara Ciri-ciri BitTorrent Surf
- Pencarian fail torrent terus dari extension
- Membenarkan pengguna menambah URL laman torrent yang digemari
- Memberi info dan maklumat mengenai fail torrent secara terus sebelum muat turun
Muat Turun BitTorrent Surf
Muat Turun BitTorrent Surf dari Google Webstore