Hari ini dengan rendah dirinya aku ingin memperkenalkan kepada anda PhoneTrans – Aplikasi Pengurusan Alternatif seperti iTunes. Ianya percuma & menyokong iOS 6 bagi pengurusan iPad, iPhone atau iPod. Sebagai pengguna iPad atau iPhone, sesetengah orang pertama kali menggunakan iTunes akan keliru menggunakannya kerana kemaskini yang berterusan, prestasi yang perlahan, memakan sumber memori komputer/RAM, rumit dan mempunyai had.
Sebelum ini aku pernah mencuba iPhone selama seminggu. Pengguaan iTunes tidaklah begitu lancar pada Windows yang aku gunakan. Ramai juga rakan-rakan aku yang menggunakan iPhone/iPad kecewa dengan iTunes yang dikatakan kurang mesra kepada pengguna sistem operasi Windows. Jadi ini mungkin aplikasi PhoneTrans aku boleh sarankan kepada mereka atau sesiapa yang tidak mahu menggunakan iTunes.
![welcome-to-phonetrans](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/welcome-to-phonetrans.png?resize=688%2C332)
Ciri-ciri yang ditawarkan oleh PhoneTrans
1. Sokongan kepada semua generasi iPhone, iPad, dan iPod Touch
- iPhone Series: iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S, dan iPhone 5.
- iPad Series: iPad (wi-fi, wi-fi+3G), iPad 2 (wi-fi, wi-fi+3G), the new iPad (wi-fi, wi-fi+4G).
- iPod Series: iPod touch 1, iPod touch 2, iPod touch 3, iPod touch 4.
2. PhoneTrans akan mengesan peranti anda dan menunjukkan maklumat peranti pada halaman Summary/Ringkasan
![phonetrans-loading-device](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/phonetrans-loading-device.gif?resize=600%2C359)
3. Sokongan pemindahan fail seperti muzik, video, podcast, & nada dering dari/ke komputer
![phonetrans-export-music](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/phonetrans-export-music.gif?resize=408%2C233)
4. Install dan Uninstall aplikasi pada iPhone/iPad. Pengguna juga boleh melakukan backup keatas aplikasi didalam komputer
![phonetrans-transfer-app](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/phonetrans-transfer-app.png?resize=600%2C359)
5. Muzik yang disimpan dapat diketemui dengan mudah dengan fungsi Smart Filter
![phonetrans-smart-filter](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/phonetrans-smart-filter.png?resize=600%2C359)
Keperluan Komputer Untuk PhoneTrans
- Sistem Operasi: Windows 7, 8, Vista, XP (64bit & 32bit)
- Resolusi: Paparan minimum 1024×768
- CPU: Pentium IV 2.4 GHz atau lebih
- RAM: Minimum 512MB
- Hard Disk: 100 MB ruangan kosong
- Lain-lain: iTunes 9.0 keatas; iTunesMobileDevice driver
Jenis Media Yang Disokong
- Movies: MP4, M4A, MOV dan lain-lain.
- Music: MP3, M4A, dan lain-lain.
- Music Video: MP4, M4V, dan lain-lain.
- PodCasts: MP3, M4A, M4V, dan lain-lain.
- Ringtone: MP3, M4A, M4R, dan lain-lain.
- TVShow: MP4, M4V, dan lain-lain.
- Audiobook: MP3, M4B, dan lain-lain.
- Voice Memos: MP3, M4A, dan lain-lain.
- iTunesU: MP3, MP4, M4V, dan lain-lain.
- iBooks: PDF, EPUB, dan lain-lain.
Muat Turun PhoneTrans
![download](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/download.png?resize=426%2C93)
Aplikasi ini masih memerlukan anda memasang iTunes kedalam sistem komputer anda kerana ianya memerlukan driver iPhone, iPad, dan iPod. Tetapi selepas memasang iTunes, anda tidak perlu membukanya/menggunakannya jika anda mahu menggunakan aplikasi ini.
Selain dari aplikasi PhoneTrans ini, anda juga boleh menggunakan aplikasi lain seperti i-FunBox. Jika anda menggunakan peranti Android, anda boleh mencuba SnapPea yang aku tulis sebelum ini.